Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

MEIKO COSMETICS, JAPAN

Naturactor adalah salah satu jenama produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Meiko Cosmetics Company yang beroperasi dari Osaka, Japan. Selain Naturactor, Meiko Cosmetics Company juga mengeluarkan produk berjenama Seruzad, Octard, Vital Energy dan Tennifer. Syarikat ini telah beroperasi lebih daripada 60 tahun dan terus menawarkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Rata-rata pengguna produk Meiko Cosmetics di Jepun adalah mereka yang setia kepada produk ini sejak diperkenalkan lebih 60 tahun lepas. Faktor utama kesetiaan pelanggan adalah kerana ramuannya yang banyak menggunakan herba dan ia terbukti berkesan untuk menjaga kesihatan kulit untuk jangka masa panjang seperti aloe vera, royal jelly dan sebagainya. Faktor lain ialah harganya yang berpatutan, anda percaya atau tidak: harga bagi jenama naturactor tidak pernah berubah sejak diperkenalkan lebih 60 tahun lepas!!!!!!! Ia membuatkan saya berkifir sejenak dan membuat pandangan bahawa betapa  baiknya syarikat ini menghargai pelanggan setia yang telah menggunakan produknya dengan tidak menaikkan harga sejak diperkenalkan lebih 60 tahun lepas!!!!! Malah kualitinya, mengikut pelanggan yang setia menggunakan naturactor ini mengatakan bahawa ia tidak berkurang tetapi lebih baik. 

Saya kagum dengan kebaikan syarikat Jepun menjaga pelanggan dan saya kagum dengan kerajaan Jepun yang mampu menghalang produk tiruan tidak kira produk apa pun daripada dihasilkan, memasuki dan diniagakan di Jepun. "berhati-hati kalau berkunjung ke Jepun, pastikan anda tidak menggunakan produk tiruan seperti beg tangan dll kerana anda boleh ditahan di airport". Dari benda yang semurah-murahnya hingga ke benda semahal-mahalnya, belum pernah saya terjumpa produk tiruan di Jepun. Oleh itu, tidak perlu tanya saya, produk meiko yang dijual online ni ori ke? Saya jamin 100% ia adalah asli.